Gambar sekolah

Gambar sekolah

Monday 19 December 2011

Selamat Datang Ke Kelab Doktor Muda SK Sementa Klang

Sejarah Kelab Doktor Muda

Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Program Doktor Muda dengan matlamat melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan cerdas. Tabiat yang sihat dibentuk di peringkat awal kanak-kanak menjamin pengekalannya sepanjang hayat.

Program Doktor Muda telah dilaksanakan di sekolah rendah semenjak tahun 1989. Program ini telah berkembang dari masa ke semasa dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dengan nama Kelab Doktor Muda.

Di SK Sementa, Kelab Doktor Muda telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan ahli seramai 15 orang. Kelab ini telah dirasmikan pada 7 April 2005 oleh guru besar SK Sementa ketika itu iaitu Puan Nor Ishah bt Adnan. Sehingga tahun 2011, ahli kelab telah bertambah sehingga 30 orang.