Gambar sekolah

Gambar sekolah

Wednesday, 21 December 2011

Pencapaian Kelab Doktor Muda

Berkat usaha gigih para warga sekolah telah membuahkan hasil berupa kejayaan Kelab Doktor Muda di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pencapaian tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:



                                      Peringkat Daerah:                                         
     2006, 2008, 2011              1. Johan Buku Informasi Kesihatan    
     2006, 2008, 2011              2. Johan Pameran Aktiviti Doktor Muda
     2006, 2008                       3. Johan dan naib johan melukis poster
     2006                                4. Naib johan menulis esei Bahasa Inggeris
     2006                                5. Tokoh Doktor Muda

                                      Peringkat Negeri:
     2006, 2008 (naib), 2011     1. Johan buku Informasi Kesihatan
     2006                                 2. Johan melukis poster
     2006                                 3. Naib Johan melukis poster
     2006, 2011                        4. Johan Pameran Aktiviti Doktor Muda
     2008                                 5. Tokoh Doktor Muda
     2011 (tempat ketiga)           6. Inovasi

                                      Peringkat Kebangsaan
     2006                                 1. Johan buku Informasi Kesihatan   
     2006                                 2. Johan melukis poster 
     2006                                 3. Naib Johan melukis poster
     2008                                 4. Tokoh Doktor Muda

   Petikan akhbar daripada Berita Harian menunjukkan penyertaan
                        doktor muda SK Sementa di Konvensyen Doktor Muda.

Aktiviti-Aktiviti Kelab Doktor Muda

Semua aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Doktor Muda bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan mengamalkan tabiat yang sihat. Di bawah adalah senarai beberapa aktiviti tersebut:

1. Pemeriksaan di kantin dan tandas sekolah


2. Demonstrasi cara mencuci kedua-dua belah tangan


3. Ceramah kesihatan



4. Program Rakan COMBI - Aedes



5. Konvensyen Kelab Doktor Muda




Monday, 19 December 2011

Selamat Datang Ke Kelab Doktor Muda SK Sementa Klang

Sejarah Kelab Doktor Muda

Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan Program Doktor Muda dengan matlamat melahirkan pelajar yang sihat, cergas dan cerdas. Tabiat yang sihat dibentuk di peringkat awal kanak-kanak menjamin pengekalannya sepanjang hayat.

Program Doktor Muda telah dilaksanakan di sekolah rendah semenjak tahun 1989. Program ini telah berkembang dari masa ke semasa dengan bertambahnya bilangan sekolah yang melaksanakannya. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerima program ini sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dengan nama Kelab Doktor Muda.

Di SK Sementa, Kelab Doktor Muda telah ditubuhkan pada tahun 2005 dengan ahli seramai 15 orang. Kelab ini telah dirasmikan pada 7 April 2005 oleh guru besar SK Sementa ketika itu iaitu Puan Nor Ishah bt Adnan. Sehingga tahun 2011, ahli kelab telah bertambah sehingga 30 orang.